04 June 2008

Apa itu Compact Car?

Kei-Car atau K-Car bermaksud kereta penumpang kecil keluaran negara Jepun atau dalam bahasa Inggerisnya ialah 'Small Japanese Passanger Cars'. K-Car juga disebut Keijidousha, merupakan kereta penumpang bersaiz kecil seperti juga truk. Ianya khusus (hanya) dijual di negara Jepun, kerana padanya ada terdapat keistimewaan pada bayaran cukai dan insurans yang dikenakan. Tiada ruangan tempat letak (parking) yang dikhaskan pada kereta-kereta K-Car untuk meletak kereta. Kereta Kei boleh didapati dengan enjin berkuasa turbo (turbo charged), transmissi automatik, pacuan 4 roda juga terdapat yang menggunakan versi Hybirds.Di bawah adalah peraturan-peraturannya secara ringkas mengenari K-Car untuk anda ketahui

** terdapat beberapa kali pertukaran peraturan berlaku

Julai 1949 - telah diperkenalkan peraturan yang pertama berkaitan K-Car
Julai 1950 - sebanyak 26 jenis pertukaran utama telah dibuat
Ogos 1951 - 16 jenis pertukaran ringan dibuat lagi
April 1955 - sebanyak 4 pertukaran diperkenalkan namun ianya pertukaran ringan sahaja
Jan 1976 - hanya satu pertukaran utama (major) dilakukan
Jan 1984 - 'medium charge' dilaksanakan

Pada 1hb Oktober 1988 - diperkenalkan peraturan yang digunapakai sehingga ke hari ini

Panjang kenderaan : 3.4m atau kurang
Lebar kenderaan : 1.48m atau kurang
Tinggi kenderaan : 2m atau kurang
Jumlah anjakan (displacement) : 600cm3 atau kurang

Enjoy Small (dipetik dari Keicarmania.com)

0 comments: