30 January 2008

Attention! Rules Section

TERMA DAN SYARAT

- Ahli TCC yang ingin mendaftar haruslah melalui saluran yang betul iaitu dengan mengisi borang serta membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10.00. Bayaran ini seterusnya akan dimasukkan kedalam tabung kelab sebagai bayaran bulanan untuk 2 bulan sebelumnya.

- Ahli adalah berasal atau menetap di Negeri Terengganu.

-Perjumpaan WAJIB ialah pada pukul 9.00 malam pada hari khamis minggu ke-2 dan minggu ke-4 setiap bulan bertempat di Dataran Shahbandar atau Taman Awam Batu Buruk, K. Terengganu. Tempat perjumpaan boleh bertukar dan maklumat akan disebarkan kepada semua ahli melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ahli yang gagal menghadiri perjumpaan perlu menyatakan sebab yang wajar kepada Presiden TCC secepat mungkin atau tindakan displin akan diambil.

-Majlis Tertinggi perlu menjalankan tugas dengan telus dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas mereka.

-Ahli hendaklah menjaga nama baik kelab TCC. Sebarang fitnah atau perkara-perkara yang boleh menjejaskan nama baik kelab akan diambil tindakan displin.

-Semua aktiviti yang ingin dijalankan adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan oleh semua ahli. Cadangan dan sumbangan dari segi tenaga, kos serta komitmen terhadap kelab amatlah di alu-alukan.

0 comments: